alfun mabruk!! dapat baby

ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,

Rasanya masih belum terlambat kak pae ucapkan "alfun mabruk" buat fizah dan us Hairul Nizam sebab dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang comel, yang diberi nama " Fatimah Al- Nabawiyah". Yang dilahirkan pada tanggal 13hb Januari.

Mudah-mudahan mujahadah yang dilahirkan ini, dapat meneruskan perjuangan sepertimana serikandi-serikandi zaman Rasuluallah SAW..AMIN mudah-mudahan.

fizah bersama babynyer yang comel...

ala.... tomelnyer dia tido


copy paste gambar dari blog us hairul nizam :http://hairulnizammathusain.blogspot.com/
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

AL-FATIHAH .....

ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,

AL-FATIHAH
Kepada Al-marhumah ALANG SARIYAH BT. HAWA
ibu kepada abah ana
yang telah meninggal dunia kira-kira 2 minggu yang lepas
opah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 14 Januari 2010, bersamaan 29 Muharram 1431 hijriah, yang disebabkan sakit tua. Umurnya yang menjangkau hampir 90 tahun.

MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH...amin ya rabbala alamin.



"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. " ( surah Al-Imran - ayat 145 )

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." ( surah Al-Imran - ayat 185 )


P/S : tak sempat ana nak jumpa opah balik tahun ini, rupanya dia pergi dulu..moga dikau tenang dialam barzarkh..amin
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ALLAH CINTA AGUNGKU


ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,

CINTA AGUNG

Aaa... aaa... aaa... aaa..

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku

Nabi Muhammad pesuruhMu


Ya Allah Engkau sumber bahagia

Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku

Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta agungku

Cintaku haraplah dibalas


Ya Allah Engkau cinta agungku

Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan

Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku

Janganlah hampakan perasaanku


Aaa... aaa... aaa... aaa...


~nasyid Qatrunnada~
p/s: moga isi maksud dari nasyid ini, sedikit sebanyak dapat memberi rasa kecintaan kita kepada Allah Yang Maha Agung..dan sesungguhnya cinta kepada Allah, adalah cinta yang kekal abadi ke syurgawi.

Siru ala barakatillah...tubu ila Allah..fi mardhatillah.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Syafakillah wafa' buat Dato' Seri Nizar

bersama isterinya yang tersayang Datin Seri Fatimah

keadaan kereta Dato Seri Nizar

Alhamdulilah, dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana memberi keselamatan kepada Dato Seri Mohd. Nizar Jamaludin yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ni,pada 6hb Januari.
Beliau cuma mendapat luka ringan sahaja, walaupun kereta yang dipandunya mengalami kerosakan yang teruk..


Pertolongan besar dari Allah sahajalah yang menyelamatkan Dato Seri Nizar di dalam kemalangan tersebut,kerana jika dilihat kepada keadaan kereta beliau yang terbalik dan kemek di bahagian depan membayangkan keadaan pemandu yang parah sekurang-kurangnya. SUBHANALLAH.


Apepun, ana selaku rakyat Perak, mendoakan agar Dato Seri Nizar Jamaludin cepat sembuh seperti sediakala, kerana sumbangan beliau amat diperlukan bagi umat islam, khususnya bagi rakyat Negeri Perak..Moga, sumbangan bakti beliau, mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah swt. Amin..Mudah-mudahan.


~~~~~~S I S I P A N~~~~~~~

SEKADAR RENUNGAN BUAT KITA BERSAMA !!
Firman Allah SWT Taala:
  1. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? ( ayat 10 ) SURAH AS-SHOFF

  2. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya, ( ayat 11) SURAH AS-SHOFF

  3. niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di surga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (ayat 12)SURAH AS-SHOFF

  4. Dan (ada lagi) karunia lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. ( ayat 13)SURAH AS-SHOFF
Ingatlah sahabat-sahabat! Sesungguhnya janji Allah itu pasti kepada orang-orang yang berjuang di jalan Allah, yakni dengan hati yang tulus suci semata-mata untuk mendapat keredhaan Nya, yang mana mereka jua akan diberikan kemenangan atau ganjaran yang cukup besar, iaitu Allah mengampuni segala dosa-dosa yang dilakukan dan sesungguhnya syurga Allah yang pasti bagi mereka dan kekal selamanya di Syurga.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SELAMAT PENGANTIN BARU!

ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)



Alfun Mabruk!!Mabrukk!! kepada 2 orang pasangan pengantin yang melansungkan perkahwinan mereka di Malaysia..iaitu Idah dan Fitri bersama pasangan mereka masing-masing yang berlainan tarikh perkahwinannya.

"BARAKALLAH LAKUMA WAJAMA'A BAINAKUMA BILKHAIR"
buat kedua-dua pasangan mempelai



Sai'dah bt. Haji Abd Mokti
dan
Abd Rashid bin Redho Abdullah

Yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada Khamis, 31 Disember 2009, bersamaan 14 Muharram 1431H, di kediaman:

Rumah Imam Masjid Iskandari,

33100 Pengkalan Hulu,

Perak.

Fitri Nurul Ain bt. Haji Nordin

dan

Abdul Rahman bin. Haji Tharin


Yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada hari Ahad 20 Disember 2009 bersamaan 3 Muharram 1431H dikediaman yang beralamat:

33 Jalan Tangguk 19/36 , Seksyen 19,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.



t---------------------------------t

Semoga kedua-dua pasangan pengantin ini, sentiasa mendapat keberkatan dan keredhoaan oleh ALLAH Taala..serta diberi kebahagiaan yang berkekalan sehingga ke syurga Firdausi, seterusnya dapat melahirkan generasi rabbani..mudah-mudahan. Amin


P/s: Buat pengetahuan semua, Ida adalah babysitter kepada Wirdani Uz'ma sewaktu saya kesibukan menempuh imtihan pada tahun lepas sesi 2008/09. Syukran jazilan kasira ye idah! tolong akak jaga wirdani, alhamdulilah natijahnya akak diberi kurniaan Allah yang tidak terhingga yakni najah imtihan bagi tahun akhir. Alhamdulilah..rezeki min Allah! maaf tak de gambar kawin ida nak post kat blog ni..
nanti, pos akak gambar kawin ye!!jangan lupa..

Buat akhirnya terimalah lagu khusus buat idah dan fitri bersama pasangan:






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Wirdani dah boleh jalan..


ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,
Alhamdulilah.. Wirdani dah pandai jalan pada tanggal 10 Muharram "Hari Asyura" haritu..Erm..walaupun agak lambat pergerakan jalannya..tapi 10 atau lebih juga langkah kakinya sampai dari satu tempat ke satu tempat..emmm, dengan semangat yang kental anak ummi ni, akhirnya tercapai jua impiannya..walau beberapa kali jugak jatuh sebelum nie..

Beza pulak dengan Aisya' Humaira anak kak jun dan us zaidan, Aisya dah boleh berjalan waktu nak masuk umur setahun ..tapi Wirdani masa umurnya masuk setahun masih belum jalan lagi..sampaikan mama arab asyik tanya jer " imta wirdani imsyi fil ard..um bil qawi zai atfal masr " saya hanya menjawab " ana musy arf imta..allah a'lam" itu saja yang mampu jawab supaya mama lebih tahu, yang lebih berkuasa segala2nya adalah ketentuan Allah Taala. sebenar malas nak layan mama tadi,sebab gaya mama yang cakap tu, nak tunjuk bangga dengan kanak2 atau baby arab lebih kuat dari malaysia..oklah sambung balik pasal citer wirdani..kalu citer pasal mama td mmng tak abis..banyak lagi nk disembangnya..
**********************************************
Aisya dan Wirdani sama jer sebaya, cuma beza 3 bulan saja. Aisya lahir dulu dari Wirdani..Aisya lahir pada 21 JULAI 2008 , Wirdani pulak 21 OKTOBER 2008..Kalau ikut asalnya tarikh kak jun bersalin bulan Ogos, tapi ALLAH MAHA BERKUASA , Aisya tak sabar nak tengok dunia kot, dia keluar awal lagi..

Citer sikit tentang Wirdani, sempena masuk tahun baru nie, macam2 gelagat wirdani, sampai mencuit hati ummi dan abi tengok..mana taknya, ummi dan abi nak marah dia, jadi tak marah..ada sajer tingkah lakunya yang mencuit hati..

Wirdani sekarang dah pandai salam orang dan cium tangan sesiapa saja yang salam dengannya..exspecially ciumannya dengan ummi dan abinya la..and then tedy bear kesayangannya..tedy bear hadiah dari acik-acik..hargai sungguh pemberian dari acik-aciknya..sampai tedy bearnya dibawa tidur..


Makin nak membesar ni, telatahnya nak ikut cakap atau ajuk orang jer..terutama bila abinya ajar pejam celik mata..dia pun ikut sama pejam celik..sampaikan dia pulak main pejam celik mata kat ummi dan abinya selepas tu...ermm tak kering gusi ummi dan abi dibuatnya..he2


Ha'..satu lagi yang terbaru,suka tengok cermin, tengok jer cermin, ketawa sendiri..kononnya ada orang muka sama ngan dia..tengok dia..
Erm..satu benda jer kena jaga, pantang namapak handphone..habis dia kerjakan..satu lagi, bila lipat kain, dia pun sama nak tolong..tolong apa? tolong punggah..habis la..semua kerja dia buat. nak belajar katakan..tak pe, besar nanti, boleh berdikari sendiri, tolong ummi buat kerja ye!!

oklah citer pasal wirdani boleh buat novel..nak tahu perkembangannya boleh la datang umah..he2. So, ammu-ammu dan acik-acik yang merindui wirdani, sila lah datang ke rumah..jangan malu-malu.janagan segan silu..Wirdani menunggu je dengan penuh setia..dia suka sape sajer yang datang. Bila ada jer orang ketuk pintu rumah, dialah yang paling awal keluar..so, ahlan wasahlan buat acik-acik and ammu-ammu ke rumah mama n baba. Ops lupa lak!!ammu2 and acik2 nak exam. tak pela, kalau boring2 and nak relax baca buku, boleh la datang ye!! Wirdani setia menunggu...



Oklah buat akhirnya, untuk semua acik-acik n ammu-ammu...Wirdani and ummi ucapkan " Selamat Menjalani Medan Peperiksaan" . Moga beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat. Amin Exspecilly untuk abi yang tersayang.. " Buat yang terbaik dalam imtihan!! moga najah kabir!! Moga mendapat kejayaan yang lebih cemerlang..dapatkan MUMTAZ!! Amin ya rabbal alamin Abi najah nanti , kita boleh balik Malaysia, nanti kita jumpa tok dan opah kat Sg. Siput ye! ye..ye balik kampung!!ye..ye balik kampung!
T--T...........................................T--T sekian,
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS