TAKZIAH KEPADA US YUSOF CAFE ARMA!

Al-FATIHAH kepada Us Yusuf Cafe ARMA, diatas kehilangan isteri dan anaknya..mg roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yang soleh.

BERITA selanjutnya dari sumber Berita HARIAN

Ustazah, anak lelaki ditemui mati dibunuh

PORT DICKSON: Mayat seorang ustazah dan anak lelakinya ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan kepala ditutup kain serta tangan dan kaki terikat di dalam bilik air di rumahnya di Flet Seri Bandar, Taman Bandar, Jalan Sutera Lama di sini hari ini.

Mangsa, Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, yang dipercayai dibunuh petang semalam ditemui oleh rakannya kira-kira 10 pagi tadi setelah beliau tidak hadir bertugas di Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson pagi ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baljeet Singh, berkata mangsa yang
tinggal berdua bersama anaknya itu dipercayai dibunuh antara jam 4 hingga 5
petang semalam.

Beliau berkata, pada jam 8 pagi tadi, seorang rakannya datang ke rumah
mangsa tetapi mendapati rumah itu berkunci dan kemudian rakannya itu balik ke
sekolah dan cuba menghubungi talian mangsa tetapi gagal.
"Pada jam 10 pagi, rakannya itu datang semula bersama pihak pemaju flet
untuk membuka kunci rumah mangsa dan menemui anak-beranak itu meninggal dunia di
dalam bilik air," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau tidak menolak kemungkinan wanita itu disamun walaupun tidak ada
tanda-tanda rumah yang terletak di tingkat satu itu dipecah masuk.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Mohd Najmi Awang Besar yang juga
seorang guru di sebuah sekolah lain turut berada di tempat kejadian sebaik
dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Saya berjumpa dengan kakak ipar (mangsa) saya kira-kira dua minggu lalu
dan beliau dijangka balik ke Kelantan esok untuk menyambut Aidilfitri," katanya.

Beliau berkata, suami mangsa menetap di Kaherah, Mesir selama beberapa tahun
menjalankan urusan perniagaan dan apabila cuti sekolah, mereka anak-beranak akan
bersama. - BERNAMA
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

salam ramadhan karim!

Assalamualaikum...wbrktuh,

Firman Allah swt:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Dikesempatan bulan yang penuh kerahmatan , kemuliaan, dan keampunan ini, marilah sama-sama kita jadikan madrasah tarbiyah yang penuh bermakna selaku khalifah Allah, yang taat dan patuh segala suruhanNya..Rebutlah peluang keemasan yang berganda-ganda untuk mendapat titian ke syurgawi..

Jadikan pentarbiyahan diri dalam bulan ini, sebagai tarbiyah yang akan membina jati diri yang lebih bertaqwa untuk utuhkan lagi jiwa dan rohani sebagai penerus jalan kehidupan yang seterusnya, yakni bukan sahaja kita mengimarahkan pengabdian diri dibulan ini sahaja, malah ia menjadi salah satu perkara atau amalan yang berterusan bagi memantapkan lagi keimanan dan ketqwaan kita kepada Allah SWT..


Untuk mengimarahkan lagi dibulan ramdhan ini, antara doa yang paling baik kita boleh amalkan sepanjang bulan ramadhan iaitu;
Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Sesungguhnya puncak keistimewaan luar biasa bulan ini juga adalah apabila diturunkan satu malam, Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Sesiapa sahaja yang berpuasa pasti amat berhasrat untuk menjumpainya. Bila Lailatulqadar itu muncul?

Lailatulqadar ini diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a: Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh (Hadis riwayat Muslim).

Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?

Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).

Lailatulqadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat di malam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun empat bulan. Usia purata manusia yang hidup di akhir zaman ini sangat jarang yang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 80 tahun dan seterusnya. Bahkan usia Nabi Muhammad adalah 63 tahun sahaja. Berapa lamakah usia kita?

Pernahkah kita terfikir untuk mampu beribadat kepada Allah selama 83 tahun? Mungkinkah ia berjaya dicapai? Rasanya sangat sukar untuk melakukan perkara itu, mengingat keadaan dalaman kita (iman yang turun naik) dan pengaruh luaran (kecenderungan berbuat maksiat dari pelbagai aspek kehidupan yang kita hadapi setiap masa). Pendek kata, Lailatulqadar adalah malam yang bernilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Ia sentiasa datang di setiap sepuluh terakhir dari bulan Ramadan.Di kesempatan emas ini janganlah kita biarkan berlalu begitu sahaja. Jadi, Rebutlah peluang yang masih ada ini, untuk kita sama-sama perbaiki diri supaya diri kita mendapat tarbiah yang terbaik didalam bulan ini, bagi menjadikan hidup kita lebih bermakna dan bersistematik dalam pengabdian diri kepadaNya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

salam medan imtihan..

Assalamualaikum..wbrktuh,

Alhamdulilah, baru sebentar tadi menelefon mak dan abah yang dirindui di Malaysia..sayu suara mak bercampur serak basah, yang baru sahaja bangun dari tidur..sian mak, kena ganggu tidur dari anaknya ni, yang jauh dimata..ye la bila hati dah terkenang, rindu-rinduan, bukan boleh ditunggu-tunggu lama nak telefon, nanti langsung terus terlupa dan tak telefon..apepun, terubat dihati bila dah telefon mak, lama jugak tak telefon..maklumlah, dah berkeluarga ni byk tugasan dan tanggungjawab yang kena dibuat, jadi kena laksanakan segalanya tanpa bertangguh..

Seronok sangat mak bila dengar suara anaknya yang jauh ni, mana taknya dah hampir 8kali raya tak balik Malaysia...abah pula sama juga, riang nampaknya bersuara, tak cukup dengan tu sahaja, ditambah pula riuh rendah jeritan suara si kecil comel Wirdani sehingga memikat hati abah dan mak ingin bercakap dengannya..nampaknya bukan ummi Wirdani jer rindu nie, Wirdani pun rindu sama ngn tok dan opah..he.he..anak-beranak rindu-rinduan.. sebenarnya, wirdani nak cakap yang dia rindu tok dan opah, tapi apakan daya percakapannnya masih belum difahami.ni ummi dia buat kebarangkalian : )he.he.."opah dan tok jgn risau, tahun ni iallah wirdani balik ngn ummi n abi n tak lupa bersama adik baru wirdani..nnt kita jumpa tau! "

ok, habis cite pasal mak dan abah, bukanlah cite tadi point utama yang nak diceritakan.sekadar berkongsi sahaja bersama sahabat-sahabat...
esok suamiku yang tercinta akan menempuh imtihan, madah feqh muqarran..antara salah satu juga madah famous bagi takhasus Kuliah Syariah.. saat-saat ni yang pernah ku rasa sebelum ni bilamana menempuh imtihan, perasaan berdebar bercampur takut dan sebagainya, apapun yang ku harapkan moga imtihan suamiku yang bakal tempuhi ini, akan memberi kejayaan yang terbaik buat kami sekeluarga, amin ya rabb! mudah-mudahan dengan kejayaan ini, akan lebih mempermudahkan urusan kami ingin pulang ke Malaysia secepat yang mungkin.
Moga kejayaan ini juga, memberikan hadiah yang bermakna dalam memperjuangkan agama islam yang survival dengan matlamatnya..amin.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan serta adik-adik medic zaq, moga kalian diberikan kekuatan juga untuk menempuh imtihan, anggaplah imtihan yang kalin hadapi ini, adalah salah satu ujian untuk menempuh alam akhirat, yakni untuk menuju matlamat syurgawi..perlu diingat buat diri ini yang dhaif dan buat semua, dalam fatrah imtihan inilah, pelbagai ujian atau mehnah yang banyak kita diuji..jadi, perkara yang paling penting, banyakkanlah kita mendekatkan diri kepada Allah, berserah segala2nya hanya kepadaNya, kerana kepada Dialah kita akan dikembalikan..kerana kepada Dialah tempat kita diberi keampunan dosa..senang kata, tiada yang lain, hanyalah Allah lah semata-mata tempat pergantungan kita..
Dalam fatrah imtihan ini, jagalah hubungan kita juga sesama manusia, perlu jaga hati dan adab terutama kepada doktorah2 yang mengajar kita, mak ayah kita, ahlibait, serta kawan2 , ini kerana bilamana kita menjaga hubungan yang baik, ukhuwwah yang manis, akan lahirnya perasaan yang tenang, tidak ada mana-mana gangguan yang membuatkan hati kita runsing atau tension dan sebagainya..apepun, jaga ukhuwwah, kerana dengan ukhuwwah inilah juga akan melahirkan generasi-generasi yang Rabbani, dan secara tak langsung akan memartabatkan daulah islamiah..
oklah, salam imtihan dan perjuangan buat semua sahabat-sahabat fillah..jaga diri, jaga iman, jaga akhlak, banyakkanlah USAHA,+DOA +TAWAKKAL kepada Allah..mudah-mudahan sahabat-sahabat semua najah kabir..kejayaan kita , kebanggaan islam!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

peringatan selaku ahli Hisbah..
peringatan pada semua ikhwah wal akhawat, tp khususan ila akhawati..jagalah keselamatan diri anda dimusim panas, ini kerana waktu musim panas inilah juga orang arab pun jadi semakin panas, perangai dan tabiat yang menjadi-jadi menganggu mana-mana akhwat wafidin kita, yang boleh kita katakan gangguan seksual. Perkara ini agak membahayakan! Jika langkah keselamatan tidak dijaga, akan membawa padah pada diri..jadi waspadalah! pesanan pada diri dan semua sahabat-sahabat, amalkan doa-doa pendinding atau selawat untuk mengelakkan diri dari mana-mana gangguan samada gangguan dalaman atau luaran..mudah-mudahan dengan amalan ini, antara salah satu langkah utama sebagai pelindung diri kita..
Buat akhawat yang kerap keluar jalan berseorangan, berhati-hatilah..berwaspadalah..bawa alat atau senjata yang boleh menyelamatkan diri anda cntoh: penyembur racun serangga, serbuk cili dan lain-lain..nampak agak kelakar bawa benda-benda ni, tapi apapun ia sebagai penyelamat dari gangguan..bila dah terkena, baru tahu rasanya benda-benda ini, antara satu keperluan..so, bersedialah ..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
untuk akhirnya, maaflah andai ada tuturbicara yang menyinggung perasaan semua..apepun buatlah yang terbaik dan segala nya terbaik..baik dari segala2nya..mudaha2an segala amalan kita diterima Allah..
buat sahabatku dunia akhirat, ummu omar ( Natrah ) selamat pulang ke tanah air tercinta Malaysia, yang akan berlepas pada malam esok bersama suaminya yang tercinta us Along bersama Omar dan Amru yang comel...doakan juga, sahabatmu ini ye, moga dapat juga pulang ke tanah air pada tahun ini..moga ukhuwwah yang kita jalinkan ini akan berkekalan abadi sehingga ke syurgawi..abadan abada!
Manisnya ukhuwwah bila bersama..rindukan kenangan kita bersama..
Aduhai! sayunya rasa hati ini dengan kepulanganmu...doakan faiz sekeluarga disini ye!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

FADHILAT AYAT KURSI


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali
lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah
akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan2 orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasullullah s.a.w. bersabda,
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

siri kisah teladan : Pahlawan Neraka

Assalamualaikum wbrktuh,

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

P/S : Buat semua sahabat2 seperjuangan , kisah ini boleh kita jadikan sebagai pengajaran buat bersama, dalam kita menongkah arus perjuangan, ingatlah! niat yang kita perjuangkan adalah untuk islam yakni menegakkan kalimah Allah. Sesungguhnya bermula perbuatan perlu dengan niat yang ikhlas lillahitaala, bukan kerana paksaan atau sebagainya..kerana dengan niat segala perbuatan akan terhasil. Sepertimana disebutkan dalam hadis nabi

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا الأَعْمَالُ

بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ

وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَاهَاجَرَإِلَيْهِ.


Daripada ‘Umar bin al-Khaththab (semoga Allah meredhainya), dia berkata, Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah untuk dunia yang dia inginkan atau kerana seorang wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia berhijrah kerananya.

Ana rasa semua sudah hadam dan faham secara jelas dengan hadis 40 ni, jadi kesimpulannya niat perlu kerana Allah Taala, jangan disebabkan niat yang tidak baik menhalakan kita kepada ke lembah kehinaan, atau tergolong dalam golongan daripada kisah tadi..wanauzubillah. MARILAH kita sama2 koreksi diri untuk menjadi sebenar2nya pejuang agama Allah, bukanlah hanya kita sekadar kita berniat di hati sahaja, tapi juga NIAT yang perlu seiring dengan amal perbuatan yakni menegakkan kebenaran, jihad fisabilillah. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan laknatuallah..Amin

~ SALAM PERJUANGAN FILLAH ~
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mengapa doa tidak dimakbulkan?

ASSALAMUALAIKUM...WBRKTUH,


SELALUNYA Tuhan akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Tuhan. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:

-Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Tuhan.

-Ada dinding yang membataskan kita dengan Tuhan seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Tuhan berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.

-Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.

-Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.

Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.

Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":

  1. -Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  2. -Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. -Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. -Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. -Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. -Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. -Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  8. -Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. -Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
  10. -Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah - setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.

Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu' dan tawadhu') sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.

Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi'iin, para wali dan orang soleh lainnya.

Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa.

Di antara adab-adab berdoa ialah:

-Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.

-Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.

-Berdoa dengan menghadap kiblat.

-Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.

-Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.

-Berdoa dalam keadaan khusyu' dan tawadhu' dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.

-Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.

-Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.

-Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.

-Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

~ PESANAN buat diri yang lemah lagi hina ini, marilah kita sama2 koreksi diri untuk sama2 mengislahkan apa yang perlu diislahkan, supaya kita dapat menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Bukan kita hanya sekadar berdoa sahaja, malah doa yang diminta perlulah, seiring dengan amal perbuatan yang kita lakukan selaku khalifah Allah dimuka bumi ini..
Ingatlah kita adalah hambaNya, yang menciptanya adalah Dia, yakni ALLAH SWT.

Sempena imtihan fasa 2 yang bakal tiba ini, buat sahabat2KU dan suami yang tercinta, didoakan mohon diberi kejayaan yang terbaik dan mohon moga kita sama2 sentiasa mendapat petunjuk jalan dari Allah SWT, agar segala apa yang diamalkan, diterima oleh Allah SWT..Aminnn

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

DIREKTORI BADAN PENGURUS PMRAM SESI 2010


Presiden (Pengerusi HEWI, Ketua Lajnah Perhubungan Antarabangsa)
Shahrizan bin Mohd Hazime
Alor Star, Kedah Darul Aman
Tahun 1, Kuliah Master (Fiqh Am) Universiti Al-Azhar
+20113771841 ( shbanjari_01@yahoo.com )
BP Angkat : Negeri Sembilan & Iskandariah


Timbalan Presiden (Ketua Lajnah Perancang Dan Panitia)
Muhammad Zuhaili bin Saiman
Seri Serdang, Selangor Darul Ehsan
Tahun 4, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
+20111956751 ( abezuh@yahoo.com.my )
BP Angkat : Kedah & Tanta


Naib Presiden 1 (Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan)
Mohd Adlan bin Mokhtaruddin
Sungai Buloh, Selangor
Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
+20116211870 ( mashkadov86@yahoo.com )
BP Angkat : Johor & Mansurah


Naib Presiden 2 (Ketua Lajnah Muhafazah)
Mohammad Azlan bin Hj Alias
Mata Ayer, Perlis Indera Kayangan
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
+20144597007 ( izzudin_asfour@yahoo.com )
BP Angkat : Pahang & Semua DPM


Naib Presiden 3 (Ketua Lajnah Kebajikan & Kemanusiaan)
Mohd Farkhan bin Md Zain
Jinjang, Kuala Lumpur
Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
+20142900215 ( ibn_qamari@yahoo.com.my )
BP Angkat : Kelantan & Shoubra


Setiausaha Agung
Ahmad Taufiq bin Mohd Dahlan
Klang, Selangor Darul Ehsan
Tahun 4, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
+20107158769 ( kapokbesi@yahoo.com )
BP Angkat : Perak & Zagazig


Timbalan Setiausaha Agung
Mohd Zahid bin Abu Bakar
Perak Darul Ridzuan
Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Tafsir), Kaherah
+20115191084 ( ibn_abibakr@yahoo.com )
BP Angkat : Selangor & Tanta


Naib Setiausaha Agung (Ketua Lajnah Pendaftaran)
Syeikh Mohd Mujahid bin Sikh Nawawi
Pahang Darul Makmur
Tahun 2, Takhasus Qiraat, Shoubra
+20117402891 ( ibnu_yemeni@yahoo.com )
BP Angkat : Melaka & Mansurah


Bendahari Kehormat
Firdaus bin Noh
Johor Darul Ta’zim
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
+20143352855 ( sufi_cairoe@yahoo.com )
BP Angkat : Wilayah & Damanhur


Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa
Abdul Aziz bin Ali
Kelantan Darul Naim
Tahun 3, Kuliah Bahasa Arab, Kaherah
+20113265864 ( abazali_87@yahoo.com.my )
BP Angkat : Terengganu & Shibin El-Kom


Badan Pengetahuan Dan Penyelidikan
Muhammad Yusuf bin Abd Kadir
Selangor Darul Ehsan
Tahun 4, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
+20118914679 ( gharib_87@yahoo.com )
BP Angkat : Terengganu & Dumyat


Badan Penerangan Dan Penerbitan
Mohd Faizzudin Ghazali
Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Zagazig
+20148228927 ( fareast_addein@yahoo.com )
BP Angkat : Kedah & Damanhur


Badan Ekonomi
Muhammad AlHidayat bin Khalid
Muar, Johor Darul Takzim
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Tafahna Asyraf
+20144108855 ( handzalah2517@yahoo.com.my )
BP Angkat : Pulau Pinang & Shoubra


Badan Sambutan Dan Rehlah
Ahmad Huzaifah bin Fauzi
Kelantan Darul Naim
Tahun 2, Takhasus Qiraat, Shoubra
+20116312426 ( ustazhuzaifah@yahoo.com )
BP Angkat : Wilayah & Zagazig


Badan Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan
Mohd Solehuddin bin Mohd Safien
Terengganu darul Iman
Tahun 2, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
+20115173557 ( aljihad_87@yahoo.com )
BP Angkat : Perlis & Dumyat



Direktori AJKT HEWI PMRAM SESI 2010

Timbalan Pengerusi HEWI
Norhafiza binti Abdul Wahab
Pulau Pinang, Pulau Mutiara
Tahun 4, Kuliah Syariah islamiah, Iskandariah
+20141786763 ( syukriahmumtaz@yahoo.com )
HEWI Angkat : Negeri Sembilan


Naib Pengerusi HEWI 1 (Ketua Unit Perancang Dan Panitia)
Ibtisam binti Muhammad
Kedah Darul Aman
Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
+20117316162 ( ansarullah_85@yahoo.com.my )
HEWI Angkat : Pahang & Melaka


Naib Pengerus HEWI 2 (Ketua Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan)
Hurriyah binti Abdul Mokti
Perak Darul Ridzuan
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah
+20119364282 ( wardatussahra_87@yahoo.com )
HEWI Angkat : Kelantan


Naib Pengerusi HEWI 3 (Ketua Unit Muhafazah)
Samihah binti Abdullah
Terengganu Darul Iman
Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiah Kaherah
+201113400468 ( mcsa_amie@yahoo.com )
HEWI Angkat : Pulau Pinang


Setiausaha HEWI
Siti Fathiyah binti Mohd Razi
Selangor Darul Ehsan
Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Tafsir), Kaherah
+20113229863 ( ukhti_jundullah87@yahoo.com )
HEWI Angkat : Kedah


Timbalan Setiausaha HEWI
Siti Maisarah binti Yusof
Johor Darul Takzim
Tahun 3, Kuliah Usuluddin (Hadis), Kaherah
+20148514269 ( student_life58@yahoo.com )
HEWI Angkat : Terengganu


Naib Setiausaha HEWI (Ketua Unit Pendaftaran)
Atiyqh binti Yusoff
Kelantan Darul Naim
Tahun 2, Kuliah Usuluddin, Mansurah
+20118518925 ( atiyqahyusoff@yahoo.com )


Bendahari HEWI
Nurain binti Yaacob
Perak darul Ridzuan
Tahun 3, Kuliah Bahasa Arab, Mansurah
+20117737821 ( aienzz_88@yahoo.com.my )
HEWI Angkat : Zagazig


Ketua Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan
Nor Hasyimah binti Hassan
Selangor Darul Ehsan
Tahun 4, Kuliah Bahasa Arab, Iskandariah
+0141344093 ( sakoora101@yahoo.com )
HEWI Angkat : Perak & Tanta


Ketua Unit Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa
Nurul Hasanah binti Yahuza

Terengganu Darul Iman
Tahun 2 Usuluddin, Kaherah
+20112415652 ( nuha_safiyyah@yahoo.com )
HEWI Angkat : Johor


Ketua Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan
Huzaifa binti Hassan
Perak Darul Ridzuan
Tahun 3, Syariah Islamiyyah, Kaherah
+20117468665 ( zulfa_wardatulmisra87@yahoo.com )
HEWI Angkat : Wilayah


Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan
Nor Akmaizan binti Yusof
Kelantan darul Naim
Tahun 4, Syariah Islamiyyah, Mansurah
+20118518847 ( nur_imansolehah@yahoo.com.my )
HEWI Angkat : Selangor


Ketua Unit Ekonomi
Nik Norazma binti Nik Abdullah
Kelantan Darul Naim
Tahun 4, Syariah Islamiyyah, Mansurah
+20115191074 ( nur_mashi07@yahoo.com.my )
HEWI Angkat : Iskandariah


Ketua Unit Sambutan Dan Rehlah
Nadianabila binti Zainuddin
Pahang Darul Makmur
Tahun 4, Syariah Islamiyyah, Iskandariah
+20114550512 ( dya_hanna87@yahoo.com )
HEWI Angkat : Mansurah


Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Kemasyarakatan
Nurul Izzah binti Abdullah
Perak Darul Ridzuan
Tahun 3, Usuluddin (Hadis), Iskandariah
+20117869113 ( salam_iman87@yahoo.com.my )
HEWI Angkat : Perlis


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Teruskan perjuangan buat semua saf-saf kepimpinan..
Moga kalian semua thabat dan mendapat pimpinan rahmat dari Allah
bagi menerajui matlamat islam yang survival dengannya..
demi memastikan martabat islam tinggi dijulang..

SELAMAT ULANGTAHUN PMRAM YANG KE-80


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS