Happy Belated to Wirdani U'zma..1 year!









Tanggal 21 Oktober yang lalu genaplah umur Wirdani setahun..
Happy belated Wirdani!! tak sempat nak post haritu untuk masuk dalam blog, umi minta maaf ye!! sibuk sikit haritu...ermm Wirdani dah beso tau!! jangan nakal-nakal..dengar cakap umi dan abi selalu ye!! jangan asyik nangis je ye! !
umi dan abi SAAAAAAAAAYANG WIRDANI!!!
Moga anak umi ni:


* jadi anak yang solehah
* jadi hamba Allah yang taat dan patuh segala suruhanNYA
* jadi hamba yang diredhai ALLAH..AMIN.

Doakan umi dan abi najah ye!..boleh kita cepat balik Msia, jumpa tok dan opah.
Opah dan tok dah rindu kat Wirdani..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Renungan sejenak...lama tak post


ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH..

Agak lama juga tak post entri baru, maklumlah kalu dah berumahtangga agak payah nak selalu mengadap computer, macam-macam kerja kena buat, walau apapun kerja, tak menjadi halangan untuk saya mengepost blog ni.cuma tak lah setiap hari saya menposting.

Baru2 ni saya pulang ke Kaherah, lama juga tidak mendengar khabar berita adik2ku di sana. Lama juga tinggal suamiku di Zaqaziq, mana taknya sibuk nak menguruskan hal-hal yang berkaitan antaranya urusan kargo kitab dan sebagainya.

Sempat juga saya bertemu sahabat karib saya Natrah, bersama anak2nya. Maklumlah dah berjauhan muhafazah, agak lama tidak bertemu..alhamdulilah kami diketemukan. Moga ukhuwwah persahabatan yang dibina ini berkekalan sehingga akhir hayat..amin.

************************************************************

Di Kaherah, saya menetap diRumah Perak...Alhamdulilah setle juga urusan saya selama ni. Kononnya kepulangan saya kesana untuk urusan visa tapi tak jadi, disebabkan urusan visa terpaksa disambung diZaqaziq sebab saya tabi' suami saya insyallah..doalah natijah tasfiah saya najah..mudah2an...Amin ya rabbal alamin.

*************************************************************

Rindu saya terkenang keluarga, memandang saya telah lama tidak pulang ke Malaysia, agak lama juga tidak pulang..hampir 7 tahun saya disini. Mak pula telefon asyik bertanya saje.."bila nak balik??" itu saje pertanyaan yang sering ditanya, tapi saya menjawab dengan baik "insyallah balik nanti, jangan risau" tapi dengan nada yang agak sebak. Apepun, insyallah saya dan suami akan pulang ke Malaysia tahun depan walaupun tak dapat pulang pada tahun ni. Doakan urusan kami dipermudahkan.

*************************************************************

Bila terfikir untuk pulang ke Malaysia, banyak pula persediaan yang perlu dibuat selaku pendaie, maklumlah bila sudah bergelar mahasiswi Al-Azhar, mestilah orang akan pandang tinggi, tambahan pula pelajar yang menuntut aliran agama, lagilah masyarakat memerlukan. Masyarakat yang kini dahagakan ilmu terutama ilmu agama, maka tugas dan peranan yang amat penting selaku saya atau mana-mana mahasiswa/wi untuk menyampaikan ilmu dan secara tak langsung meneruskan misi dakwah yang perlu diteruskan dan diperjuangkan demi memartabatkan Islam terus dijulang, kerana siapa lagi yang akan memperjuangkan, kalau bukan kita tolibul 'ilmi dan kerna jua kitalah penyambung mata rantai perjuangan Rasuluallah s.a.w. dan jangan kita pula yang meleraikan mata rantai ini, maka ia akan meruntuhkan martabat islam tersendiri. Wa na'uzubillah minzalik..

Akhirnya, marilah sama-sama kita tabah dan thabat dalam meneruskan perjuangan islam ini, janganlah mudah mengalah dan putus asa dengan segala ujian atau musibah yang dihadapi kerana ujian itu adalah membawa pahala sabar yang cukup besar."Sesungguhnya sabar itu adalah istana iman". Dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung..maka lakukan tugas dan amanah selaku kita khalifah dimuka bumi ini terutama sekali "Al amru bil ma'ruf Wa nahyu 'anil munkar" buatlah perkara yang disuruh dan cegah dari perkara kemungkaran.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS