KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT

islam Pictures, Images and Photos

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".[]

Hadis daripada Saidatina Aisyah:

Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya. Riwayat Muslim.

Daripada Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: "Orang 
Quraisy pada zaman jahiliah berpuasa pada Hari Asyura, dan
Rasulullah SAW juga berpuasa pada Hari Asyura. Maka, apabila
Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan
menyuruh orang ramai berpuasa.
  "Apabila difardukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan 
puasa pada Hari Asyura, lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang
mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu
berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya." (Hadis riwayat
al-Bukhari & Muslim)

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
1- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
2- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3- Dicipta Adam a.s.
4- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
8- Selamat Musa dan pengikutnya.
9- Lemas Firaun.
10- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11- Diangkat Nabi Isa kelangit.
12- Diangkat Nabi Idris ke langit.
13- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16- Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19- Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


PERKARA SUNAT PADA HARI ASYURA

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kiil, nikmal maula wa nikmannasiir”. Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Niat Puasa - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

salam mujahadah fil imtihan


Assalamualaikum wbrktuh,

Buat semua sahabat-sahabiah, sempena imtihan yang tak lama lagi ana mengucapkan

" SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN " atau kata lainnya " selamat menempuh medan perang"

kuatkan ingatan dengan hafalanmu,

tajamkan fikiran dengan banyak mengingati Allah,

himpunkan hatimu dengan banyak berdoa kepada Allah,

RAJIN + USAHA + SABAR + TABAH + IMAN + AMAL + DOA + TAWAKKAL = KEJAYAAN

Salam perjuangan buat semua..


Kejayaan kita, kebanggaan islam..
Kegagalan kita, fitnah dakwah

" Salam Imtihan...dan Salam Perjuangan"




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ULAMAK PEWARIS NABI

ulama Pictures, Images and Photos

ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH...

Sejuk hati tengok muka ulamak-ulamak ni..rasa tenang muka mereka, bersihnya wajah mereka. Itulah wajah ulamak-ulamak pewaris nabi..
Mudah-mudahan kita dapat mencontohi sifat mereka untuk menjadi ulamak..bukan ulamak dalam semak" sepertimana pepatah yang selalu disebut-sebut masyarakat.

Ana teringat kalam Us Hairul Nizam ( mantan Presiden PMRAM ), beliau meminta agar semua mahasiswa/wi Azhari dapat menjadi seorang ulamak.."the making of ulamak" bak kata beliau juga, selaku Azhari, kita seharusnya mengaut keuntungan ilmu yang banyak bagi menjadi seorang ulamak. Tak cukup sahaja ilmu kita di kuliah, malah kita sendiri kena rajin pergi bertalaqi, contoh pergi ke masjid azhar atau tempat dimana sahaja yang boleh kita kutip ilmu sebagai manfaat diri khususnya bilamana kita telah terjun ke medan masyarakat nanti.

Diri ana yang serba kerdil ini jua, masih belum cukup ilmu walaupun telah selesai pengajian. Banyak peranan ana setelahmana mendirikan rumahtangga, apepun ini bukan halangan untuk ana mempelajari segala ilmu yang ada dibumi anbiya ini..
Moga semusim sesi yang masih berbaki pada tahun ini di Mesir, dapat ana kutip mutiara ilmu sebanyak mungkin agar dapat dijadikan panduan sebagai pentarbiahan diri khususnya ke medan masyarakat Malaysia nanti..mudah-mudahan.

Sahabat-sahabat..
Ingatlah! kita adalah mata rantai perjuangan Rasuluallah SAW, seandainya putusnya rantai yang kita bawa,bagaimanakah kita ingin mencantumkan semula?? maka, peranan kitalah yang perlu memastikan rantai yang kita bawa ini, tetap kuat dan utuh demi memastikan agama yang tercinta yang kita bawa ini, terus dijulang dan gemilang.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SALAM MA'AL HIJRAH


ASSALAMUALAIKUM WBRKTH...

SALAM MAAL HIJRAH yang ke 1431Hijrah..Walaupun agak lambat entri ana ucap tahun baru ni pada semua, apepun ana berharap moga tahun baru ini, kita dapat memperbaharui keazaman yang lebih baik supaya matlamat yang dituju mendapat keredhaan dari ALLAH Taala..
Syukur alhamdulilah kita masih lagi bernafas,menumpang dibumi Allah yang luas terbentang ini, sungguh indah ciptaan Allah Yang Maha Agung Tuhan sekelian alam.

Sempena menyambut Maal Hijrah ini,muhasabah pada diri yang kerdil lagi dhoif ini, ana mengajak pada diri ini dan sahabat-sahabat semua, moga tahun baru ini kita dapat mempertingkatkan lebih lagi prestasi selaku menjadi khalifah dimuka bumi ini. Yakni, mempertingkatkan segala amalan-amalan yang dilakukan bagi menokok nambah pahala yang berlipat ganda serta menghapus segala dosa-dosa yang telah banyak dilakukan sebelum ini. Apa yang paling penting sematkan jiwa kita dengan " Al- Amru bil ma'ruf Wanahyun Anil Munkar" buatlah perkara yang disuruh, cegah perkara yang dilarang...yakni taatilah perintah Allah dan Rasul bagi menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Mudah-mudahan dengan apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Nya.
Maka,marilah sama-sama kita mempertingkatkan keimanan kita kepada Allah SWT.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini juga, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan harian yang mendatang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)


Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)


Buat akhirnya,untuk sahabat-sahabat,
Semoga tahun ini akan lebih membawa keberkatan,
kerahmatan, kemuliaan,keimanan, kesucian hati
serta keredhaan Allah S.W.T. Amin Ya rabbal alamin.

islam Pictures, Images and Photos
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

IKTIBAR KISAH KAUM LUTH

Anti Obama Pictures, Images and Photos

Bumi telan kaum Luth
LUTH bin Haran bin Tarah (Azar) adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Luth adalah antara orang beriman yang mengikut Nabi Ibrahim berpindah dari Babylon ke Palestin dan Mesir.

Kemudian Nabi Luth mendiami kota Sodom di wilayah Jordan. Namun, penduduk kota itu berakhlak keji, malah mereka derhaka dan kufur dengan nikmat Tuhan. Kegiatan merompak barangan yang dibawa kafilah dan mengunjungi pusat maksiat menjadi darah daging mereka. Lebih menjijikkan mereka mengamalkan liwat (homoseks).

Nabi Luth menasihati kaumnya supaya meninggalkan perkara maksiat, sebaliknya beriman kepada Allah, selain mengingati mereka mengenai azab yang bakal diturunkan jika terus bergelumang dengan perbuatan keji itu.

Kaumnya tidak pedulikan nasihat itu, malah berani memberi amaran kepada Nabi Luth: “Jika kamu tidak berhenti memperlekehkan kami, kami akan mengusirmu dari negeri ini.” Luth berkata: “Sesungguh aku mengingkari dan benci perbuatan yang kamu lakukan.”

Seterusnya mereka mencabar Nabi Luth dengan berkata: “Jika benar dengan azab yang kamu ancam ke atas kami, segerakanlah dan datangkan ia kepada kami.”

Mendengar perkataan mereka, Nabi Luth berdoa kepada Allah. Dalam al-Quran dijelaskan, maksudnya: “Luth berdoa, wahai Tuhanku, tolonglah aku dengan menimpakan azab ke atas kaum yang melakukan kebinasaan itu.”

Doa Nabi Luth diterima Allah, lalu diutuskan-Nya beberapa malaikat untuk menurunkan azab ke atas kaumnya. Sebelum itu, malaikat berkenaan mengunjungi Nabi Ibrahim dan memberitahu tujuan kedatangan mereka.

Nabi Ibrahim berkata: “Ya Allah, di dalam negeri itu ada Luth dan
bagaimana dengan beliau jika negeri itu dimusnahkan.”

Perkara ini dapat diperhatikan melalui al-Quran, maksudnya: “Berkata Ibrahim; sesungguhnya di kota itu ada Luth. Malaikat berkata: “Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami akan menyelamatkan dia dan pengikutnya, melainkan isterinya, dia termasuk orang yang tertinggal, dibinasakan.”

Setelah mengunjungi Nabi Ibrahim, tidak berapa lama selepas itu malaikat dengan menyamar sebagai lelaki yang tampan pergi ke Sodom. Malaikat dengan wajah manusia itu silih berganti menjadi tetamu Nabi Luth.

Nabi Luth yang pada mulanya tidak mengetahui tetamu itu adalah malaikat berasa cemas kerana bimbang mereka yang berwajah lelaki begitu tampan itu menjadi mangsa kaumnya yang bernafsu gila, iaitu homoseks.

Namun, berita kedatangan tetamu (malaikat) itu diketahui kaumnya, lalu ramai kalangan mereka pergi ke rumah Nabi Luth, semata-mata untuk melakukan perbuatan terkutuk itu dengan tetamu Nabi Luth.

Apabila kaumnya berkumpul di pekarangan rumahnya, Nabi Luth cuba menghalang mereka daripada melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menawarkan anak perempuannya untuk diperisterikan, supaya tetamunya itu tidak diusik.

Kaum Luth langsung tidak mengendahkan larangannya, malah berkata: “Sesungguhnya kamu tahu kami tidak mempunyai selera sedikit pun terhadap anak perempuan kamu. Sesungguhnya tidak ragu-ragu lagi, kamu tahu apa yang kami inginkan.”

Seketika keadaan di pekarangan rumah Nabi Luth kacau-bilau. Nabi Luth gagal mententeramkan kaumnya yang dahagakan hubungan sejenis daripada tetamunya itu. Tanpa berlengah malaikat yang menyamar sebagai tetamu itu terus membutakan mata mereka.

Perkara ini diceritakan al-Quran: “Dan sesungguhnya mereka telah memujuknya (agar menyerahkan) tetamunya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-Ku.”

Selepas itu tetamu berkenaan memperkenalkan diri kepada Nabi Luth mereka sebenarnya malaikat. Kedatangan mereka semata-mata untuk menghancurkan kaum Luth. Ketika itu juga Luth diminta membawa bersama ahli keluarganya keluar dari negeri berkenaan pada waktu malam.

Al-Quran memperjelaskan: “Utusan malaikat berkata; wahai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan Tuhanmu. Sekali-kali mereka tidak dapat mengganggu kamu. Oleh itu, pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu pada lewat malam. Dan janganlah ada seorang pun antara kamu yang
tertinggal, melainkan isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab kerana saat jatuhnya azab ke atas mereka adalah pada waktu Subuh. Bukankah Subuh itu sudah dekat?”

Kemudian azab yang ditunggu kaum Luth menimpa mereka. Kehancuran mereka pada waktu Subuh dalam keadaan sungguh dahsyat kerana bumi negeri itu diterbalikkan. Mereka turut ditimpa batu daripada tanah keras dan terbakar.

Al-Quran menyebut azab yang menimpa mereka: “Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.”

Demikian balasan terhadap mereka yang melakukan homoseks. Berhubung
perkara ini, ada sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad daripada Ibn Abas: “ Siapa yang kamu dapati melakukan perbuatan kaum Luth, bunuhlah orang yang melakukannya dan diperlakukannya.”

PENGAJARAN;
selaku hamba Allah yang menetap dimuka Allah ini, kita haruslah bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan Allah..kita harus ingat, kita hanya menumpang sahaja dimuka Allah ini, kita tinggal dimuka bumi ini, bukan sekadar untuk keseronokan semata-mata tapi pengabdian diri kepada Allah yang utama..
Kita harus ingat!! kita adalah milik Allah, Dia Yang Lebih Berkuasa keatas hamba-hambanya, maka kita akan dikembalikan oleh Allah bila-bila masa sahaja..ajal kematian tiada siapa yang tahu? Jadi, marilah sama2 kita koreksi diri kita, berapa banyakkah amalan kebaikan yang dilakukan?? Banyakkah sumbang bakti kita untuk Islam? Cukup ke amalan kita dengan amalan solat 5 waktu, puasa dan sedekah ? Tentunya tidak..kita sendiri pun tak tahu, adakah solat kita setiap hari diterima Allah..itu yang paling kita takut.nau'zubillah.
Maka, carilah jalan yang terbaik untuk membimbing diri kita agar tidak terjebak dalam kemaksiatan.."buatlah perkara ma'ruf, cegah perkara mungkar"..AL- AMRU BIL MA'RUF WANAHYUN ANIL MUNKAR
Pilihlah jalan yang baik, maka syurgalah timbangannya..jika duri jalannya, maka sakitlah timbangannya ke neraka..Bertaubatlah sahabat2!! kita masa ada masa lagi untuk berubah dan bertaubat..Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih kepada hamba-hambanya ..Pilihlah jalan yang diredhai Allah, bukan jalan yang dimurkai Allah.
Janganlah tunggu azab Allah, baru nak taubat...maka lagi pedih la azab Allah..bayangkan sahabat2 bagaimana azab Allah kepada kaum nabi Luth, betapa dasyatnya azabnya sehingga bumi menelan kaum tersebut dengan menterbalikkan bumi ke bawah..bayangkan sahabat-sahabat?? bagaimana pula keadaan kematian kita nanti..wallahualam.
Maka perbanyakkanlah segala amalan kebaikan sebagai bekalan.
Astaghfiruallah A'zim3x.. apepun, mudah2an dosa2 kita diampunkan oleh Allah..amin. Moga kita juga dimatikan dalam husnul khotimah..amin ya rabbala alamin

salam mujahadah fisabilillah..al-faqir ila allah
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ASMA ALLAH - SAMY YUSOF

Khas buat semua sahabat-sahabat.dengarkanlah..moga nasyid ini memberi ketenangan pada jiwa anda yang mendengarnya..hayatilah makna yang didendangkan..moga sahabat2 semua terhibur dengan rasa cinta pada yang Maha Esa Rabbul Izzati sekelian alam.



LIRIK LAGU : ASMA ALLAH


Rahim
Karimun
'Adim
'Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Mannan
Rahmaanun
Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin shallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu'minn shallu alayh

Latif
Khabirun
Sami'
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra'uuf
Shabuurun
Majid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin sallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu'mineen shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da'fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur 'uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu'izu a'izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du'aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya latifu ultuf bina
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Alhabib Islamic Greeting Card

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Menjenguk sebentar...

Assalamualaikum wbrktuh..

Salam manis bicara buat semua,

lama tak update blog nie, agak sibuk sikit kebelakangan nie, jenguk sebentar, sementara wirdani bermain-main sorang diri...sian wirdani..takpe,biar dia belajar berdikari...besar nanti senang jaga diri..tak gitu..doa2lah moga si kecil ni menjadi serikandi sejati dan anak solehah khususnya..amin ya rabbal alamin..dengar cakap ummi dan abi tau!! jangan nakal-nakal..umi dan abi saaayanng wirdani!!!

********************************************

dah lama tak update, banyak benda nak cite tapi sekadar ape yang teringat dan terlintas jela.. alhamdulilah, buat pengetahuan mak dan abah sekeluarga yang dirindui..wirdani skrg dah pandai mcm2..siap mengajuk cakap dan perbuatan org lagi, pastu dah pandai salam dan cium tangan org..cepat tangkap apa yang org ajar..gelihati kami tengoknya...cume satu je lagi, wirdani tak boleh jalan lagi, dia mengesot jer...kadang2 tu ada jugak ajar dia jalan, tapi pastu jalan2..jatuh. Erm..biasalah tu, budak baru nak belajar...mungkin disebabkan gigi dia tumbuh dulu, sebab lambat jalan. Apepun, moga wirdani cepat jalan ye...senang sikit tolong ummi buat kerja...tak gitu abi??
*********************************************

IMTIHAN....OH! IMTIHAN....

Pejam celik-pejam celik...masa berlalu begitu pantas, exam semakin hampir..perasaan bercampur takut dan sebagainya, yang dilalui saya sebelum ini. Kini, perasaan yang sama dirasai walaupun telah selesai pengajian..Walaupun telah selesai belajar, tapi banyak perkara dan tanggungjawab yang perlu saya laksanakan. Kalau tak belajar, jadi surirumah pun dah banyak masa dan kerja perlu dibuat, tambahan pula melayan karenah si kecil yang banyak ragamnya. Apepun inilah perjuangan dan peranan selaku ibu, isteri dan pelajar. Maka, perlu pandai mengimbangi masa, kalau tak...banyak masa terbuang dan lagi banyak benda perlu disettlekan. Sempena imtihan yang semakin tiba.. Buat suami yang dicintai, moga dikau beroleh kejayaaan yang cemerlang...Do the best!!You CAN do it..i'm sure. Apepun,doa+ usaha dan yakin kepada Allah Taala..insyallah pasti abg akan najah....wirdani jangan kacau abi tau!! biar abi study...jangan ganggu yer!! Insyallah tahun depan kita balik.. jumpa tok dan opah kat malaysia ye...erm rindu sangat saya pada mak dan abah dikampung..tak tahu nak digambar mcmane?? doakan kami ye dapat pulang ke Malaysia.. Buat sahabat-sahabat fillah... bittaufiq wannajah fil imtihan!!! insyallah najah kabir..amin ya rabbalamin!
SALAM IMTIHAN....DO THE BEST!
*******************************************************

MEMORI AIDILADHA

PROGRAM SAMBUTAN AIDILADHA DPMZ( SHAHADAH 09 )
TEMPAT ; DEWAN SAHRUL LAYALI, SEBELAH MASJID FATAH.
TARIKH : 29 NOVEMBER 2009
HARI : AHAD




wirdani dan ummi



posing jap..berseri dewannya!



bersama senior perubatan



kami sekeluarga



bukan main seronok wirdani duk kat kerusi empuk



amboi!! cantik kasut wirdani



suasana didewan ( bahagian akhawat )



persembahan mantop AJKT DPMZ..TAHNIAH!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS