Sanah Helwa ya habibi..

Assalamualaikum wbrktuh..

Semalam 29 September, besday suamiku..
Khususan ila habibi mumtaz,
'sanah helwa ya gamil ..sanah helwa ya gamil...sanah helwa ya gamil..sanal helwa ya habibi '...SELAMAT HARI LAHIR yang ke-27.
- moga bertambah iman dan amal
- moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
- moga najah dunia akhirat
- moga menjadi abi dan zauj yang soleh
- moga segala impian yang diingini akan tercapai
Buat akhirnya, moga Allah memberikan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga kita didunia mahupun di akhirat sehingga ke syurga nanti..Amin ya rabbal alamin.

Maaf diatas segala kesilapan dan kekurangan...maaf tak dapat nak bagi hadiah, hanya kek sahaja, yang dapat sayang buat, sebagai tanda kasih dan sayang buat abang..
Moga kita dapat membina sebuah keluarga yang rabbani demi menegakkan daulah islamiah yang tercinta...Amin


KHAS buat abi yang tersayang,
- moga abi najah dunia dan akhirat
- doakan wirdani dapat menjadi anak yang solehah ye!!
- terima kasih didik dan jaga Wirdani hampir setahun.
moga kasih sayang kita berpanjangan sehingga ke syurga.
buat akhirnya, Wirdani sayang sangat abi!!.....
dari anakmu: Wirdani U'zma



terimalah lagu dari wirdani buat abi...dengarkan ye!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Haflah Aidilfitri HATI PMRAM 09'


Assalamualaikum..wbrkth..
Alhamdulilah...semalam selamat kami 3 tramco telah sampai ke Dataran Hayyu Asyir untuk sama2 mengikuti program HATI PMRAM 09'. Program yang diadakan ini sempena menyambut eidul fitri yang ke-sembilan. Program ini melibatkan bagi semua ahli PMRAM bagi mengeratkan ukhuwwah ahli samada BKAN mahupun DPM, dan secara tak langsungnya program ini menyatu padukan ahli 'satu fikrah satu amal'. Program ini juga, memupuk ukhuwwah ahli supaya adanya kesepaduan serta kerjasama ahli khususnya dalam melaksanakan gerak kerja program.

Apapun, secara ringkasnya, program ini telah bermula pada pukul 10pagi, dengan alunan ASMA UL-HUSNA secara beramai-ramai, seterusnya bacaan al-quran yang disampaikan oleh Us Ibnu Abas dari negeri Perak, kemudian kata-kata aluan oleh Us Meor Khairul Anuar b. Hairudin selaku Pengarah Program, dan akhirnya majlis disempurnakan perasmian oleh Us Juzaili b. Johan selaku Badan Penasihat PMRAM. Majlis berakhir kemudian, dengan jamuan makanan hari raya selepas solat zohor.

Kami dihidangkan dengan rendang daging, nasi impit, kuah kacang, lontong, mee goreng, kuih raya dan sebagainya. Sambil-sambil makan, kami dihidangkan dengan persembahan nasyid dari Wilayah Persekutuan. Sedap juga nanyiannya. Dikhabarkan, jamuan makanan raya ini juga, telah dimasak mengikut BKAN masing-masing, tapi saya tidak berkesempatan merasainya semua sebab saya terlalu kenyang dengan nasi bersama rendang daging. Dan kami juga terpaksa pulang segera ke muhafazah.

Alakulihal, walupun sedih tahun ini tak dapat pulang ke Malaysia, raya saya kali ini diMesir agak seronok berbanding tahun-tahun lepas,mungkin sebab raya tahun ini saya bersama suami dan anak yang tersayang.

Jadi, buat akhirnya dikesempatan yang ada ini, saya mengucapkan buat semua sahabat-sahabat
" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL AIDIL WAL FAIZIN" DAN " MAAF ZAHIR DAN BATIN"
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Blog ku..Besday ku....



Assalamualaikum wbrkt..
alhamdulilah...dapat gak menulis blog baru kali ni memandangkan sudah sekian lamanya saya tidak menghidupkan blog lama saya sebelum ni..terpaksa update blog yang baru, coz da beberapa masalah teknikal blog saya sebelum ni..cam2 masalah,maklumlah dah lama tak post..masalah pasword tak betul lah..itulah..inilah...so,akhirnya saya update lah blog baru yang agak biasa warnanya..tapi sedap memandang dimata..he.selamat berkunjung ke blog saya.

Oklah apepun, malas saya nak berceloteh panjang blog lama saya,so peluang saya dengan blog yang ada ni,insyallah serba sebanyak dapat memberi infak yang terbaik pada saya dan semua sahabat sahabiah..
Tanggal 27 sept lalu, genaplah umur saya 27tahun..ermm tua rasanya dah..tapi tua umur je, muka masih muda..he..bila umur dah meningkat ni, teringat saya, amal ibadah selaku kita hamba Allah yang berdagang sementara didunia ni..ye la kita hidup ni hanya sementara, jadi tak tahu ajal yang datang menemukan kita, bila dan dimana? apakah amalan yang boleh dibawa sbg bekalan akhirat?apepun, moga kita ditemukan Allah dalam husnol khatimah.. moga kita jua selaku hambanya, tergolong dalam golongan orang2 yang sentiasa menguatkan amal ibadah kita demi meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT..insyallah




Sempena besday saya, terima kasih tidak terhingga buat adik2medic yang dikasihi fillah izan, najuwa, syafiah, shafiah, najwa, fatma, maisarah, dan lain2 coz banyak membantu kak pae khususnya start persediaan raya haritu sehinggalah open house kak pae..moga Allah sahaja yang membalas jasa kalian semua..moga ukhuwah fillah yang kita bina ini agar berkekalan sehingga ke syurga..abadan abada.amin

Thanks for najuwa, syafiah, najwa coz bagi hadiah besday dan kek yang sedap..thanks pada semua jugak, yang terlibat membantu secara langsung dan tak langsung.. and paling tak dilupakan pada suami yang tercinta, yang banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat dan my baby yang tersayang wirdani uzma yang sentiasa menceriakan kami berdua. Gelihati saya dan suami, melihat telatah wirdani yang semakin nak membesar, macam2 gelagatnya yang mencuitkan hati saya dan suami. Bulan depan cukuplah umurnya setahun. Insyallah kami bercadang akan menyambut ulangtahun kelahirannya. moga wirdani dapat menjadi anak yang solehah. Amin ya Rabb. Doakan juga saya najah dalam imtihan tasfiah agar dapat menamatkan pengajian ijazah saya sesi ni.
Ok, buat akhirnya doakan moga kita sama2 thabat dalam perjuangan demi menegakkan islam yang tercinta. Salam perjuangan buat semua sahabat sahabiah.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS