Haflah Aidilfitri HATI PMRAM 09'


Assalamualaikum..wbrkth..
Alhamdulilah...semalam selamat kami 3 tramco telah sampai ke Dataran Hayyu Asyir untuk sama2 mengikuti program HATI PMRAM 09'. Program yang diadakan ini sempena menyambut eidul fitri yang ke-sembilan. Program ini melibatkan bagi semua ahli PMRAM bagi mengeratkan ukhuwwah ahli samada BKAN mahupun DPM, dan secara tak langsungnya program ini menyatu padukan ahli 'satu fikrah satu amal'. Program ini juga, memupuk ukhuwwah ahli supaya adanya kesepaduan serta kerjasama ahli khususnya dalam melaksanakan gerak kerja program.

Apapun, secara ringkasnya, program ini telah bermula pada pukul 10pagi, dengan alunan ASMA UL-HUSNA secara beramai-ramai, seterusnya bacaan al-quran yang disampaikan oleh Us Ibnu Abas dari negeri Perak, kemudian kata-kata aluan oleh Us Meor Khairul Anuar b. Hairudin selaku Pengarah Program, dan akhirnya majlis disempurnakan perasmian oleh Us Juzaili b. Johan selaku Badan Penasihat PMRAM. Majlis berakhir kemudian, dengan jamuan makanan hari raya selepas solat zohor.

Kami dihidangkan dengan rendang daging, nasi impit, kuah kacang, lontong, mee goreng, kuih raya dan sebagainya. Sambil-sambil makan, kami dihidangkan dengan persembahan nasyid dari Wilayah Persekutuan. Sedap juga nanyiannya. Dikhabarkan, jamuan makanan raya ini juga, telah dimasak mengikut BKAN masing-masing, tapi saya tidak berkesempatan merasainya semua sebab saya terlalu kenyang dengan nasi bersama rendang daging. Dan kami juga terpaksa pulang segera ke muhafazah.

Alakulihal, walupun sedih tahun ini tak dapat pulang ke Malaysia, raya saya kali ini diMesir agak seronok berbanding tahun-tahun lepas,mungkin sebab raya tahun ini saya bersama suami dan anak yang tersayang.

Jadi, buat akhirnya dikesempatan yang ada ini, saya mengucapkan buat semua sahabat-sahabat
" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL AIDIL WAL FAIZIN" DAN " MAAF ZAHIR DAN BATIN"
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Haflah Aidilfitri HATI PMRAM 09'"

Post a Comment