Syafakillah wafa' buat Dato' Seri Nizar

bersama isterinya yang tersayang Datin Seri Fatimah

keadaan kereta Dato Seri Nizar

Alhamdulilah, dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana memberi keselamatan kepada Dato Seri Mohd. Nizar Jamaludin yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ni,pada 6hb Januari.
Beliau cuma mendapat luka ringan sahaja, walaupun kereta yang dipandunya mengalami kerosakan yang teruk..


Pertolongan besar dari Allah sahajalah yang menyelamatkan Dato Seri Nizar di dalam kemalangan tersebut,kerana jika dilihat kepada keadaan kereta beliau yang terbalik dan kemek di bahagian depan membayangkan keadaan pemandu yang parah sekurang-kurangnya. SUBHANALLAH.


Apepun, ana selaku rakyat Perak, mendoakan agar Dato Seri Nizar Jamaludin cepat sembuh seperti sediakala, kerana sumbangan beliau amat diperlukan bagi umat islam, khususnya bagi rakyat Negeri Perak..Moga, sumbangan bakti beliau, mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah swt. Amin..Mudah-mudahan.


~~~~~~S I S I P A N~~~~~~~

SEKADAR RENUNGAN BUAT KITA BERSAMA !!
Firman Allah SWT Taala:
  1. Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? ( ayat 10 ) SURAH AS-SHOFF

  2. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya, ( ayat 11) SURAH AS-SHOFF

  3. niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di surga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (ayat 12)SURAH AS-SHOFF

  4. Dan (ada lagi) karunia lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. ( ayat 13)SURAH AS-SHOFF
Ingatlah sahabat-sahabat! Sesungguhnya janji Allah itu pasti kepada orang-orang yang berjuang di jalan Allah, yakni dengan hati yang tulus suci semata-mata untuk mendapat keredhaan Nya, yang mana mereka jua akan diberikan kemenangan atau ganjaran yang cukup besar, iaitu Allah mengampuni segala dosa-dosa yang dilakukan dan sesungguhnya syurga Allah yang pasti bagi mereka dan kekal selamanya di Syurga.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Syafakillah wafa' buat Dato' Seri Nizar"

Post a Comment