Pelajar Perak Maut Dalam Kemalangan..



Assalmualaikum wbrktuh,

4 April, Kaherah, Salah seorang ahli KPIPM telah mengalami kemalangan maut pada jam 11.10 pagi semalam, di Hayyu Zohor, jalan Imarah Syurtah. Mangsa, adalah Allahyarham Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin, meninggal ketika sampai di Hospital.
Mangsa merupakan mahasiswa Tahun 3, Kuliah Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Kemalangan berlaku pada jam 11.10 tengahari, di Jalan Imarah Syurtah, Hayyu Zohor,
melibatkan sebuah kereta berjenama Nubira, Daewoo yang merempuh laju motor berjenama Dayun yang dipandu perlahan oleh mangsa.


motor yang dinaiki oleh mangsa

Beliau disahkan meninggal dunia kemalangan tersebut, pada jam 12.20 tengahari.

Turut berada di hospital, Ustaz Abdul Muizz Mohamad, Presiden PMRAM dan Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, En. Khairi Jamaluddin

Kenyataan yang dimaklumkan oleh Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir memberitahu bahawa pengurusan untuk mengeluarkan jenazah daripada pihak Hospital Zahra mengalami permasalahan yang melibatkan tasrih daripada pihak polis.

Sementara itu, selepas solat maghrib semalam, Majlis Bacaan Yassin secara beramai-ramai telah diadakan diWisma Perak A yang telah dikendalikan oleh Us Ibnu Abbas b. Azizuddin selaku Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah .

Pengurusan solat jenazah telah diadakan diDataran Hayyu Asyir dan pengebumian Allahyarham telah diuruskan pagi tadi, sepertimana yang dimaklumkan.

Segala urusan telah diselesaikan oleh pihak persatuan dengan dibantu oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), waris terdekat beliau, dan beberapa kenalan rapat.

Dimaklumkan juga, ibu kepada Allahyarham akan tiba di Mesir pada hari ini, untuk menatap wajah arwah buat kali terakhirnya..


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbiya', orang-orang yang beriman dan beramal soleh...AL-FATIHAH

" Ya Allah ! Ya Tuhanku ampunilah segala dosa-dosa yang dilakukannya dan rahmatilah ia.."






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Pelajar Perak Maut Dalam Kemalangan.."

Post a Comment