Anak : Satu Anugerah atau Satu Bebanan?

Assalmualaikum wbrktuh,

Sekadar ingin berkongsi bersama sahabat2 samada sudah berumahtangga atau sebaliknya..
Adakah anak satu anugerah atau satu bebanan??
JAWAPAN saya: Tentu sekali tidak anak satu bebanan , bahkan satu anugerah Tuhan yang tiada nilainya, dan merupakan nikmat yang cukup besar dan tidak terhingga diberikan kepada hamba-hambanya..

ANAK.. adalah satu anugerah yg terlalu berharga,
jangan jadikan ia suatu beban...
tapi titiplah ia sebagai penguat semangat dalam meneruskan kehidupan...
bagi saya bila berhadapan dgn anak.. jiwa yang gundah gulana terasa damai , dari yang muram terus jadi ceria.. dakaplah anak dan didiklah jadi insan cemerlang, gemilang, terbilang sepertimana
dalam hadis Rasuluallah SAW bersabda:

MAKSUDNYA: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi".

Berdasarkan hadis tersebut, peranan kedua ibubapa amatlah penting dalam mencorakkan didikan, pemikiran serta akhlak anak-anak mereka, samada anak tersebut menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi..Justeru itu, bagi mengelakkan anak-anak dari terjerumus ke lembah kemaksiatan atau kehinaan, maka perlulah tarbiah sejak dilahirkan lagi, ini kerana untuk melahirkan generasi rabbani dan secara tidak langsung dapat membina daulah islamiah..

Apa yang agak menyedihkan kita hari ini, banyak sangat kes pembuangan anak, dilongkang, sungai, ditempat sampah sarap dan sebagainya, boleh dikatakan setiap hari, macam cite jual pisang goreng pulak..dah terlalu meningkat kes ini bagaikan cendawan yang tumbuh tapi berkulat la... ada saje dalam berita2 setiap hari dalam akhbar mahupun media2massa..ini adalah berpunca dari siapa?? anak apa yang dilahirkan? tentunya anak zina atau anak luar nikah. Kononnya anak yang dilahirkan ini akan dapat meramaikan lagi umat, tapi sebenarnya membawa laknat..laknatuallah. Inilah dikatakan dunia dah nak kiamat..
Soal pahala dan dosa pun, dah tak kenal, dah ibarat sama perbuatannya...perkara yang ditegah,dibuat..Perkara yang disuruh pula, dicegah.

Saya kaitkan kes ini, sebabnya ada kaitan dengan peranan ibubapa tadi..bermulanya segalanya adalah titik tolak ibu dan bapa..jika pencorakkan yang buruk dari awal, maka buruklah jalannya, jika pencorakkan yang baik, maka baik jualah jalan terbaik bagi anak-anak mereka..Apepun, sebagai ibu, kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita, sayangkan mereka..buktinya, sebelum dilahirkan, anak yang kita kandungkan dalam perut 9bulan 10hari, tentunya kita jaga sebaik mungkin agar tidak berlaku perkara yang tak diduga, bermakna sebelum anak kita dilahirkan lagi , kita sudah jaga sebaik mungkin. Kesimpulannya, kita inginkan anak yang terbaik sebelum anak kita dilahirkan, maka bila dilahirkan pula , perlulah lagi yang terbaik supaya anak yang dilahirkan , dapat menjadi anak yang soleh solehah...amin..

Oleh itu, anak satu anugerah Allah swt, satu hadiah, satu kebahagiaan, penyeri dalam keluarga. Malah tiada kata-kata yang mampu diungkapkan oleh ibu dan ayah apabila lahir sahaja pewaris keturunan dari satu ikatan yang sah.

Maka, jangan sesekali memikirkan bahawa anak-anak adalah satu bebanan kita. Kerana kita juga adalah anak kepada seorang ayah dan ibu. Lihatlah, ayah dan ibu kita menjaga amanah Allah iaitu kita dengan sedaya mungkin. Kita bukan bebanan. Lalu, haruskah kita memikirkan zuriat kita itu sebagai bebanan?

Muhasabah sedalamnya jika anda memikirkan anak itu beban...

apepun saya sayang anak saya...
WIRDANI U'ZMA
dan bakal cahaya mata saya yang akan tiba tahun ni ..

Doakan saya dapat jadi isteri, dan ibu yang mithali n solehah.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Anak : Satu Anugerah atau Satu Bebanan?"

Post a Comment