AL-FATIHAH AL-MARHUM SYEIKH MOHAMED SAYED TANTAWI


ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,

KAHERAH – Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh ulamak di Mesir meninggal dunia pada 10 Mac, Rabu lepas di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.
Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.

Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.
Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya. Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung. Menurut seorang anak lelakinya, Amr Tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan.

“Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah,” katanya.

Sheikh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.

“Dunia Islam dan Arab telah kehilangan seorang ahli cendiakawan yang telah mendedikasikan kerja-kerjanya dan kepada setiap perkara yang mempunyai kebaikan untuk Islam, ” kata Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan.

Sheikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Sheikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar – pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani ini sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

"Semoga Allah merahmati serta mencucuri rohnya disisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh" amin ya rabbal alamin.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "AL-FATIHAH AL-MARHUM SYEIKH MOHAMED SAYED TANTAWI"

Post a Comment