Kasih Sayangnya seorang ibu....

ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,



Kasih Sayang Seorang Ibu

Suatu hari, seorang anak menghampiri ibunya sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur. Kemudian dia menghulurkan sekeping kertas yang bertuliskan sesuatu. Si Ibu segera membersihkan tangan dan lalu mengambil kertas yang dihulurkan oleh si anak dan membacanya.

Duit upah membantu ibu :

1) beli barang kat kedai RM2.00
2) Menjaga adik RM3.00

3) Membuang sampah RM1.00
4) kemas rumah RM 2.00
5) menyiram bunga RM 3.00
6) Menyapu halaman RM5.00

Jumlah keseluruhan upah: RM16.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak yang raut mukanya berbinar-binar. Si Ibu mengambil pena dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.

1) Wang mengandungmu selama 9 bulan – percuma
2) wang berjaga malam kerana menjagamu – percuma
3) wang air mata yang menitis keranamu – percuma
4) wang Khuatir kerana selalu memikirkan keadaanmu – percuma
5) wang menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu – percuma

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Aku Sayang Ibu”. Kemudian si anak mengambil pena dan menulis sesuatu di depan surat yang ditulisnya : “telah langsai bayaran”.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasul Allah Muhammad SAW dan bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapatkan layanan istimewa dariku ?”. Rasulullah menjawab, “Ibumu”. Kemudian ???, Rasulullah menjawab, “Ibumu..” Kemudian ???, Rasulullah menjawab, “Ibumu..”. Kemudian Rasulullah menjawab, “Baru Kemudian Ayahmu dan setelah itu saudara-saudara terdekatmu”.

Maka, sebelum semuanya terlambat, dan sebelum kita menyesal, sebelum mereka tiada, sayangilah dan hargailah pengorbanan yang ibu kita lakukan selama ini, kerana sebesar apapun kekayaan yang kita berikan padanya, tidak akan dapat membayar keikhlasan atas segala jerih payahnya yang membesarkan kita. Sejak sebelum lahir lagi, dari mengandungkan kita sehinggalah melahirkan kita., yang melibatkan tarungan 2 naywa antara hidup atau mati..

Bayangkanlah sahabat2 betapa peritnya pengorbanan yang telah ibu kita lakukan..jadi, bilamana kesilapan yang kita lakukan pada ibu kita, bagaikan terasa duri yang menyucuk mendalam..kecil hati ibu dengan perbuatan kita walaupun hanya kadang2 kesalahan kecil sahaja..
Sebenarnya sahabat2, itulah hati lembut seorang wanita yang bergelar ibu..bukan mudah bebanan dan tanggungjawab yang dipikul..penat lelah beliau kita tidak ketahui. penat lelah seorang ibu tiada boleh kita nilaikan dengan wang ringgit atau kemewahan..ia hanya akan dinilai atau dibayar, dengan nilai kasih sayang seorang anak kepada ibunya..janganlah!! disebabkan kesalahan sebesar zarah pun, kita digelar "anak durhaka"...wanauzubillah min zalik!
Saya yang sudah bergelar ibu ni pun, memahami benar
bagaimana erti sebenar pengorbanan ibu,,
walaupun wirdani , anak saya yang masih kecil ini, tapi karenah dan ragamnya sudah cukup mematangkan pemikiran ,pengalaman, pengorbanan pada diri saya .
memang benar, menjadi ibu memerlukan banyak kesabaran dan ketabahan..
dimasa inilah terasa, kerinduan pada ibu saya yang mengenangkan bagaimana pengorbanan ia mendidik, membesarkan kakak2 ,abang2, saya dan adik sehingga kini..
namun, itulah kasih sayang seorang ibu yang tiada nilainya.
oh!! ibu sungguh besar pengorbananmu..
Ya ALLAH! ampunilah dosa2ku selama ni pada ibuku...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Justeru itu, marilah sama2 kita muhasabah diri..kerana masih belum terlambat lagi untuk kita memperbaiki segala kesilapan yang telah kita lakukan kepada ibu kita..sementara ibu masih ada didunia ini..sayangilah dia!! sayangilah!! sayangilah......ibu anda.
Percayalah, jika kita berbuat yang kurang baik terhadap ibu kita, nescaya Allah akan membalasnya dengan azab yang setimpal dengannya..wanau'zubillah min zalik. Sesungguhnya, “syurga itu adalah di telapak kaki ibu“.***

sabda nabi saw:
يا رسول الله أردت أن أغزو، وقد جئت أستشيرك, فقالهل لك أم؟ قال: نعم. قال : فالزمها فإن الجنة تحت رجليها
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”

Apapun, walaupun kita buat baik pada ibu, jangan lupa pula, kenangi jasa ayah pula, buatlah yang terbaik dan sehabis baik kepada kedua ibu dan ayah kita...kenangilah jasa dan pengorbanan mereka..sepertimana firman Allah:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya.” [Luqman 31:13-14]


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah (sebagai Tuhanmu) melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu; maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar atau kesat dan meninggikan suara) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi berkata-katalah kepada mereka dengan perkataan yang mulia (i.e. suara yang lembut serta bersopan santun dan kata-kata yg baik-baik).] [Ayat 23, Surah al-Isyrak]


P/s: bagi sahabat2 yang sudah kehilangan kedua ibu, terlebih baik baginya sedekahkanlah al-fatihah, mudah2an roh mereka tenang, dan dtempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Aamin.

..maafkan saya, andai ada terluka hati..

********************

Sebenarnya, saya rindukan mak dan abah saya di MALAYSIA

kerana sekian lama tidak berjumpa

Doakan kepulangan saya , bersama suami dan anak ke Malaysia pada tahun ini.

~~~~~~~~~~~~~

~siru alabarakatillah~

maasalamah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

JAULAH AJKT&HEWI KPIPM KE ZAGAZIG



ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,

Alhamdulilah, selesai sudah program yang telah saya ikuti petang tadi iaitu Jaulah AJKT dan HEWI KPIPM ke bumi Syarqiah, Zaqaziq yang bertempat di Dewan Dar-Wehdah. Program yang bermula pukul 4 petang dan berakhir kira-kira 6.40 petang tadi. Program telah diserikan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Pengerusi DPMZ Us. Hanif b. Jamaluddin, kemudian dimulakan dengan sesi persoalan mengikut jabatan dan muhasabah/cadangan dan seterusnya program diakhiri kalam penutup oleh Us. Muhamad Zulfadli b. Zainal selaku Penasihat KPIPM . Program jaulah ini, yang juga dinamakan " MESRA 2010" ini adalah jaulah AJKT/HEWI bagi kesemua muhafazah antaranya Mansurah, Tanta, Iskandariah,dan lain-lain lagi. Disamping itu, "Mesra 2010"ini diselitkan jua, program-program ilmiah dan thaqafah bagi memantapkan mutu ilmu baik dikalangan azhari mahupun perubatan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

citer sikit pasal hewi..1
Untuk pengetahuan, lama juga saya menunggu saat-saat bersama adik-adik Hewi KPIPM ini untuk turun jaulah ke Zaqaziq bersama adik-adik akhawat ku disini..walaupun ada permasalahan pada mulanya, alhamdulilah akhirnya sampai jua adik-adik HEWI seperjuanganku yang kukasihi. Gembira rasanya bila bertemu mereka..maklumlah, bukan selalu nak jumpa exco-exco ni, dengan ada program sebeginilah sebenarnya dapat berjumpa dan kenal lebih dekat, disamping memupuk lagi ukhuwwah bersama adik-adik Zaqaziq disini.. Disamping itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan kepimpinan bersama ahli tak kira mahu bidang perubatan atau azhari..Ini kerana untuk mengelakkan jurang perbezaan dan perpecahan belah diantara mana-mana pihak sepertimana firman Allah Taala: "
" berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah "

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Sebenarnya, banyak sungguh kenangan manis suka dan duka bersama adik-adik HEWI ku sewaktu ditaklifkan jawatan HEWI KPIPM!! teringat pulak saya, ketika mana diamanahkan sebagai Ketua Biro Tabung Kebajikan& Riadah HEWI SESI 2004/05 dan Ketua Unit Perhubungan, Sambutan dan Rehlah HEWI SESI 2006/07, banyak ujian dan amanah yang terpundak perlu dipikul dan dilaksanakan bagi memastikan kesatuan yang disokong dan didokongi mencapai hadaf yang ditujui dan survival dengannya. Kelalaian memikul tugasan yang diamanahkan bagi pimpinan adalah salah satu perkara yang cukup membahayakan, dan perlu dititikberatkan untuk diperbaiki, kerna ia boleh menimbulkan pelbagai fitnah atau tohmahan dari ahli yang pelbagai karenah/ ragam dan secara tak langsung menyebabkan ahli hilang kethiqahan pada pimpinan. Justeru itu, " al-qiadah taklif , laisa tasyrif " maksudnya kepimpinan adalah satu bebanan dan bukanlah satu kemuliaan.
Apapun, tugas kepimpinan bukanlah satu tugas yang mudah untuk dipikul, bila mana tiadak ada kerjasama atau komitmen dari ahli..secara kholasahnya, ahli dan pimpinan perlu bersatu hati , berlapang dada , bersifat amanah, dalam gerak kerja bagi menyatupadukan hubungan ahli dan pimpinan lebih mesra dan erat.

Oklah, itu saja saya selitkan ruangan untuk dikongsi bersama bilamana berada ditampuk kepimpinan sempena Jaulah EXCO ini petang tadi..

Untuk akhirnya, syabas dan sekalung penghargaan buat semua AJKT dan HEWI KPIPM, dan tidak dilupa Penasihat yang turut menjayakan program Jaulah ini. Moga sumbangan tenaga dan kebajikan yang kalian sumbangkan, dinilai dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Mudah-mudahan..amin


gambar adik-adik hewiku
belakang dari kiri: salamah, zihan, shuhada din, intan, shuhada zul,
depan dari kiri : aimi jailati, huzaifah, ina ( penasihat ) , aimi, anis, zila


SALAM PERJUANGAN BUAT AJKT DAN HEWI SEMUA
MOGA TERUS THABAT...........
p/s;Moga Jaulah Mesra 2010 ini, dapat memupuk ukhuwwah yang lebih erat lagi diantara ahli dan pimpinan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

AL-FATIHAH AL-MARHUM SYEIKH MOHAMED SAYED TANTAWI


ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,

KAHERAH – Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh ulamak di Mesir meninggal dunia pada 10 Mac, Rabu lepas di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.
Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.

Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.
Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya. Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung. Menurut seorang anak lelakinya, Amr Tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan.

“Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah,” katanya.

Sheikh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.

“Dunia Islam dan Arab telah kehilangan seorang ahli cendiakawan yang telah mendedikasikan kerja-kerjanya dan kepada setiap perkara yang mempunyai kebaikan untuk Islam, ” kata Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan.

Sheikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Sheikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar – pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani ini sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

"Semoga Allah merahmati serta mencucuri rohnya disisi orang-orang yang beriman dan beramal soleh" amin ya rabbal alamin.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KENANGAN DI SINAI 2010



ASSALAMULIKUM WBRKTUH,

Maaf agak lama tak posting baru, maklumlah internet asyik tak syagol je..sementara duduk santai bersama wirdani yang tersayang ni, teringin pulak nak posting gambar kenangan kami 3 beranak masa kami di Sinai..pada 10-12 Februari lepas..Masuk ni, dah kali ke3 saya ke Sinai..Kali pertama saya pergi, tahun 2006, masa tu kena ditaklifkan sebagai ajk Unit Displin di bawah anjuran Persatuan Republik Arab Mesir. Kali ke-2 pula, sewaktu saya dan suami masih baru sahaja mendirikan rumahtangga pada tahun 2007, masa tu kami pergi mengikut anjuran dibawah DPMZ ( Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqaziq ) , asalnya tak nak pergi, tapi teringin pulak, yela sebelum ni pergi tiada mahram, so kira kami pergi tahun tu sebagai honeymoon la.. yela nak pergi jauh luar negara, banyak sangat pulusnya kena keluar..
Ok, seterusnya kali-3, saya ke Sinai pada tahun 2010, dibawah anjuran Organisasi Perubatan Zaqaziq ( OPZ ) bahagian rehlah tarbawiyah untuk akhwat, kami ditaklifkan sebagai musyrif mutazawwijin, bagi memastikan keadaan rehlah mendapat kemaslahatan yang terbaik. Hmm..kali ni kami sekeluarga pergi, rasa lengkap percutian kami..ditambah pulak dengan riang ria wirdani..dengan tawanya yang mencuit hati kami, rasa bahagia kami anak beranak..maklumlah kami tak pernah berjalan musafir jauh bersama, jadi peluang yang ada kami gunakan untuk menikmati bersama disamping berjalan melihat keindahan alam ciptaan dan kebesaran Tuhan, dan disamping itu juga mengaut kembali sirah salafussoleh yang terdahulu, dan mengambil pengiktibaran kisah-kisah yang berlaku pada zaman dahulu untuk kita jadikan sebagai peringatan selaku khalifah di muka Allah SWT..
Kali 1 dan 2, alhamdulilah dapat saya jejaki Jabal Musa hingga ke puncak, tapi kali-3 ni, saya tak berkesempatan, al-maklumlah dah ada si kecil ini, banyakla ragamnya, lagipun suami saya sendiri pun, tak larat nak mendukung si manja sorang ni..alamatnya, tak sampai ke puncaklah dibuatnya..he2. Lagipun, saya dan suami sebelum ini, dah banyak kali mendaki, jadi ekspedisi ke3 ni, kami berehat la pula..
Banyak pengalaman juga, semasa pendakian saya kali 1 & 2..ke Jabal Musa..Perkara yang cukup penting, sebagai bekalan diri untuk pendakian walaupun disuap dengan sarapan pagi, tapi bekalan yang penting adalah kekuatan dalaman, yakni perlukan banyakkan ziruallah untuk menguatkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah SWT ..lagi satu, kita perlu yakin, dengan kita berzikruallah sepanjang pendakian, insyallah Allah akan mempermudahkan perjalanan, dan sesungguhnya kekuatan akan datang dengan izinNya..
Apapun, walaupun kita sudah jejaki Jabal Musa, jangan lupa pula kita kaji sirahnya, jangan nak daki semata-mata nak jumpa salji atau seumpanya, sebaliknya kaji sirahnya...Bayangkanlah bagaimana Nabi Musa a.s boleh mendaki tanpa berkasut, hanya berkaki ayam sahaja dalam pendakian, berbekalkan dengan keutuhan iman yakni semata-mata untuk pengabdian kepada Allah SWT. Apatah kita ini, yang mendaki dengan berkasut ditambah pula dengan bekalan yang secukupnya, dan mendaki pula dalam keadaan bercampur dengan seribu keletihan..? fikirkan?..Sesungguhnya inilah mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s.
apepun secara khulosahnya, moga rehlah yang kami tujui ini, dapat memberi infaq dan manfaat yang banyak buat kita bersama..Siru ala barakatillah
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

alfun mabruk!! dapat baby

ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,

Rasanya masih belum terlambat kak pae ucapkan "alfun mabruk" buat fizah dan us Hairul Nizam sebab dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang comel, yang diberi nama " Fatimah Al- Nabawiyah". Yang dilahirkan pada tanggal 13hb Januari.

Mudah-mudahan mujahadah yang dilahirkan ini, dapat meneruskan perjuangan sepertimana serikandi-serikandi zaman Rasuluallah SAW..AMIN mudah-mudahan.

fizah bersama babynyer yang comel...

ala.... tomelnyer dia tido


copy paste gambar dari blog us hairul nizam :http://hairulnizammathusain.blogspot.com/
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

AL-FATIHAH .....

ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,

AL-FATIHAH
Kepada Al-marhumah ALANG SARIYAH BT. HAWA
ibu kepada abah ana
yang telah meninggal dunia kira-kira 2 minggu yang lepas
opah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 14 Januari 2010, bersamaan 29 Muharram 1431 hijriah, yang disebabkan sakit tua. Umurnya yang menjangkau hampir 90 tahun.

MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH...amin ya rabbala alamin.



"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. " ( surah Al-Imran - ayat 145 )

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." ( surah Al-Imran - ayat 185 )


P/S : tak sempat ana nak jumpa opah balik tahun ini, rupanya dia pergi dulu..moga dikau tenang dialam barzarkh..amin
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ALLAH CINTA AGUNGKU


ASSALAMUALAIKUM WBRKTUH,

CINTA AGUNG

Aaa... aaa... aaa... aaa..

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku

Nabi Muhammad pesuruhMu


Ya Allah Engkau sumber bahagia

Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku

Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta agungku

Cintaku haraplah dibalas


Ya Allah Engkau cinta agungku

Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan

Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku

Janganlah hampakan perasaanku


Aaa... aaa... aaa... aaa...


~nasyid Qatrunnada~
p/s: moga isi maksud dari nasyid ini, sedikit sebanyak dapat memberi rasa kecintaan kita kepada Allah Yang Maha Agung..dan sesungguhnya cinta kepada Allah, adalah cinta yang kekal abadi ke syurgawi.

Siru ala barakatillah...tubu ila Allah..fi mardhatillah.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS